Monday, October 24, 2011

KALAU ALLAH MAHA BAIK,KENAPA BUAT NERAKA?


Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Alkisah .. Kisah Cinta..

Kisah ni , Cincau copy dari kawan lama .. Ni kot yang namanya cinta sejati ..
Sweet sangat .. :)

Petang tu , lepas habis kelas agama , Si dia tegur Ona .
"Hai Ona ! Sihat ? Aku ada something nak cakap ni .. :) "
"Hah ! What's up ? Aku busy ni . Umi dah pesan balik awal . Tak leh lama-lama ."
"Ouhh .. Hurm .. It's okay la lau cam tu . Aku bagitau next time je la ek ? Kau jaga diri tau . Tunggu sampai kita jumpa lagi . Kirim salam kat umi and abi. :) "
"Pulak ? Okay . See you . Assalamualaikum."

Dan selepas hari tu , Ona dah tak jumpa Si dia lagi .
Kemana Si dia menghilang , tak siapa tahu .
Ustazah cakap , Si dia dah pindah . Ona nak tanya , 'pindah ke mana ?'
Tapi Ona segan dengan Ustazah . Jadi Ona diamkan sahaja . :(
Hari demi hari . Ona rasakan kehilangan Si dia . Rindu .
Rindu pada seorang teman yang Cukup pakej buat Ona .
Yang selalu ceria . Senyum je walaupun Ona tengking dia depan kawan-kawan kat kantin sekolah . Ona ingat semua tu . Ona rindu Si dia .
"Ya ALLAH , jangan KAU lalaikan hatiku dengan mainan perasaan ini ."

Masa kian berlalu . Ona pun dah masuk kolej . Sambung study .
And kenangan bersama Si dia tetap tak luput . Janjinya pada Si dia pun masih dipegang .
Untung Si dia menyepi terus . Rindu dan ingatan Ona pada Si dia cukup terbatas .
Atas keyakinan pada janji ALLAH .
Yakin pada jodoh ketentuan Ilahi .
Hanya doa mengiringi kerinduannya .
Doa semoga Si dia bahagia di sana . Semoga dipertemukan jodoh mereka .
Perasaan yang tak pernah terlafaz . Namun berbekas di hati .
Memang Ona sangat sayangkan Si dia . Teramat . Umi dan abi juga sedia maklum .
Dan ALLAH juga Maha Tahu betapa Ona menyayangi Si dia .

Ona cuba untuk tidak mengeluh . Bahkan Ona bersyukur .
Kerna Ona punya alasan saat ada insan lain tampil konon menghulur kasih .
Katanya , "Bukan cinta monyet ."
Ona balas , "Tapi cinta beruk ?"
Ona bukan biadap . Tapi Ona benci lelaki yang perasan lebih .
Bibir biru petanda kuat merokok . Muka keruh . Entah pernah berwudhu' ke tidak .
Wallahua'lam . Ona tak nak terlalu berprasangka.

Adakala , Ona pun teringin juga nak berteman .
Tapi kawan-kawan Ona dah cukup memadai .
Ona pun kepingin nak berkasih kepayang .
Tapi Ona pikir , kasih sayang umi dan abi dah lebih dari memadai .
Bila Ona sedih , Ona pun nak juga someone yang boleh dikongsi cerita .
Tapi Ona ingat , ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu .
Alhamdulillah .
Tapi kadang-kadang , Ona rindu sakan juga pada Si dia .
Lagi-lagi kalau tengok gelanggang futsal yang Si dia selalu pergi dulu .
Ona yang tak minat bola sepak pun boleh join abi layan FIFA.
Tapi Ona cuba lawan perasaan .
Ona solat hajat , solat taubat , tadabbur al-Quran .
Ona harap , Ona boleh jaga diri Ona baik-baik . Biar jadi muslimah solehah .
Barulah sepadan dengan Si dia yang soleh . :)

Hari ni , birthday Ona yang ke 23 .
Ona cakap , "Ona still muda ! :P"
Tapi umi and abi cakap , "Tua dah anak dara kami ni . :)"
Errr ~
Hari ni jugak , Ona habis belajar . Lepas ni , insyaALLAH Ona smbung lagi .
Sambung master . Umi cakap , abi nak bawak Ona pi sambung kat Jordan .
Ona pun tak pasti lagi .
Kalau dihitung-hitung , dah dekat 4 tahun juga Ona tak dengar khabar dari Si dia .
Ona harap, Si dia baik-baik sahaja. Ona rindu Si dia. :)

Lepas siap kemas-kemas, Ona tak terus balik dengan umi and abi.
Kawan Ona ajak Ona jalan-jalan dulu. Pusing Malaysia.
Ona tanya umi and abi. Abi cakap,"pergilah. Asalkan Ona ingat diri selalu dan jangan buat hal."
Umi pun izinkan. Umi pesan, "jaga diri baik-baik. Jangan lupa jalan pulang ke rumah sudah la".
Ona senyum saja. Ona tahu, umi dan abi terlalu sayangkan Ona. Ona pun sayang umi dan abi.

Hari terakhir travel Ona dengan kawan-kawan, umi call.
Suara umi ceria semacam. Umi cakap, "Ona jalan baik-baik ye sayang. Kami tunggu."
Ona keliru dengan kata-kata umi. Ona berdoa pada ALLAH semoga segalanya baik-baik saja.
Ona dah beli macam-macam hadiah untuk umi dan abi. Untuk Si dia pun ada. :(
Sampai kat rumah, Ona tengok, saudara mara Ona ramai sangat kat rumah. Semua ceria tengok Ona. Senyum-senyum. Ona bingung.
Ona tanya umi, umi pun senyum je. Ona dah nak naik gila. Grrrr!~
Ona tanya abi pula. Abi suruh tunggu esok.
Tapi bila tengok Ona macam nak nangis, abi pon bagitau,
" Ada orang datang merisik Ona. Graduate Medic dari Mesir. Lusa majlis pertunangannya."
"What's? But, abi and umi tahu Ona kan? Tak mungkin Ona nak terima orang lain dalam jangka masa ni."
Ona terkejut bukan kepalang. Air mata bergenang di pipi. Ona tak tahu apa nak buat.
"Sayang, umi and abi minta maaf. But this for your own sake. Please, cuba faham kenapa kami buat macam ni. Okay, malam ni,Ona solat istikharah ye sayang? Mohon petunjuk ALLAH. Jangan sedih."
Ona akur. Ona masuk bilik, mandi, wudhu', dan Ona solat.
Solat hajat, solat taubat dan solat istikharah.
Ona doa sungguh-sungguh. Ona minta petunjuk dari ALLAH. Ona menangis.
Dalam tangis, Ona tertidur. Dalam tidur, Ona mimpi.
Dalam mimpi, Ona lihat Si dia. Tersenyum dari jauh.
Ona menangis lagi. Ona nak tanya Si dia, " Kenapa buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau? Kenapa tinggal aku dengan tiba-tiba? Kemana kau pergi selama ni?"
Ona nak tanya macam-macam. Tapi Ona tak mampu nak cakap.
Bila Ona nak pergi dekat pada Si dia, Si dia menghilang.
Ona terkedu. Ona terjaga. Mata Ona basah.
"Ya ALLAH .." Ona menangis lagi. Ona bangun, buka almari.
Ona lihat ada sepasang baju putih. Cantik. Baju pertunangan?
Ona anak tunggal. Segalanya umi dan abi mahu yang terbaik buat Ona.
Ona hargai. Tapi Ona masih kelu. Ona duduk di birai katil.
"Ya ALLAH ,KAU Maha Tahu, Maha Kasih, Maha Penyayang. Bantu hambaMU ya ALLAH.."

Esoknya, selepas zuhur, rombongan lelaki sampai. Ona gugup. Tapi hati Ona tak lagi terasa berat untuk terima semua tu . Alhamdulillah .
Pasangan Ona tak datang . Family dan kawan-kawannya saja yang mewakilkan .
Kata mereka , dia punya urusan mengejut . Ona akur . Tapi kecewa jua .
Kata abi , pertunangan ni singkat saja . Jaga syariat .
And selama tempoh tu , Ona tak pernah berpeluang untuk kenal dia.
Ona takut kalau Ona tak dapat terima dia di hari pernikahan .
Tapi mengenangkan bakal ibu mertuanya yang peramah dan penyantun , Ona buang segala prasangka buruk .

Detik demi detik , tiba hari pernikahan . Saat dia Sampai , Ona diam saja .
Tunduk menahan debar dan sendu . Terkenangkan Si dia .
'Awak , Ona minta maaf .' Bisik Ona .
Saat akad dilafaz , Ona dengar nama Si dia yang disebut . Ona kaget .
'Ahhh ! Ni mesti sebab Ona terlalu fikirkan Si dia . Ona rindu sangat pada Si dia.' Monolog Ona lagi . Ona pun takut kalau Ona terus terkenangkan Si dia di kemudian hari . Ona bimbang amat. Ona hilang fokus . Ona istighfar banyak-banyak .
Lepas cincin disarung , Ona kucup tangan Si Suami . Ona dongak kepala mencari pasti .
"Ya ALLAH!" Ona terkejut bukan kepalang . Ona tak mimpi ! Ona senyum dalam tangis .
Si Suami usap air mata Ona dan bisikkan , "Jangan sedih sayang . Abang bangga sayang tetap tunggu abang . Abang bersyukur , ALLAH kabulkan doa abang . Dipertemukan kembali dengan sayang."
Alhamdulillah . Barakallah . ^_^

Sunday, September 11, 2011

Kenapa Marah ?

Bismillahirrahmanirrahim ..
 
HukHuk .. Marah ? Wahh .. Now i'm talking about parent .. :)
Yup2 .. Kadang , kita mudah merengus , mendengus , 'meccok' (Bak kate orang Ganu xD) , rase tak puas aty atau sebagai nya bila mak or ayah kita marah kan kita ..
Tapi , apsal diorang marah tu ?
Kebanyakan nya , semestinyalah sebab kita wat salah . Kan3 ?
Huhu .. Ni bercakap drpd pengalaman .
Yela . Kita ni remaja kan . Baru nak belajar kenal hidup .
Serba serbi kita nak try . Then , bila tersilap langkah , parents kita marah ,
kita pulak tak puas hati ..
Waduh2 .. Jangan gitu dong .. :)
Mereka marah untuk kebaikan kita . Yupp . Tak diragukan lagi .
Saya yakin tentang ni ..
 

Sememang nya , bila perbuatan kita ditegur ,
 adakala kita rasa teguran tu tak patut .
tapi ketahui lah , ibu bapa tahu apa terbaik untuk kita .
Walau kadang , kita rasa perbuatan kita tak salah , tapi still , hormati lah parents kita .
Tak rugi .. Bahkan kebaikan nya jauh lebih banyak . :)
Jangan marah mereka bila diri kita dimarahi .
Kenangkan balik cam ne dorang dah sayangkan kita sejak kita masih kecil .
Mereka sentiasa inginkan yg terbaik untuk kita .
So, hargai lah sebaiknya .
Bila dah kehilangan , huhh ~ Wallahua'lam .
Carilah redha kedua ibu bapa . If ada something yang dirasakan salah pada mereka , terus terang laa . Have a good talk . Then , kita akan sama-sama rasa aman , sentosa , damai , bahagia ,
 suka-ria .. Insya ALLAH .. :)
I'm just saying .. Just sharing .. :)
May ALLAH bless us always . Aminn . :)

Ya ALLAH ..
Ampunilah dosa-dosaku .
Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku . Rahmatilah mereka .
Kasihi mereka sepertimana mereka mengasihi ku sejak aku masih kecil ..
Aminn .